Pulut Serunding PDF Print E-mail
Article Index
Pulut Serunding
Pulut Peria Sambal Udang
All Pages

 

Bahan-bahan
700g Pulut Susu Sanpathong
350ml santan pekat
1 1/2 sudu kecil garam
1 biji kelapa parut
4 batang serai
50g ketumbar biji
20g jintan kasar
10g jintan halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
100g udang kering
200g udang kecil basah
50g air asam jawa
4 biji bawang merah (perlu dimayang)
150g gula
swedikit seerbuk kunyit
 
Cara-cara memasak
1. Rendam pulut semalaman.
2. Campurkan pulut bersama santan, airdan garam. Kukus selama 40minit.
3. Batang serai, ketumbar biji, jintan kasar, jintan halus, tangkai cili kering,
    bawang merah dan udang kering perlu dikisar halus bersama.
4. Campurkan kelapa bersama bahan yang telah dikisar halus, udang kecil
    basah, gula, air asam jawa, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul
    hingga sebati.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah hingga garing.
6. Masukkan campuran kelapa dan gaul hingga sebati. Masukkan 3 cawan air
    dan masak hingga kering. Rasa gula dan garamnya.